Isnin, 11 Februari 2013

SUPER MELAYU

Baru-baru ini saya ada artikel yang diterbitkan oleh blogger terkenal tanahair berkenaan isu Super Melayu (sila rujuk sini ).

  • Apa yang menarik minat saya adalah berkenaan jati diri seorang melayu yang telah diketengahkan oleh penulis artikel itu dan telah merujuk kepada seniman agung kita iaitu allahyarham P.Ramlee.
  • Saya percaya ramai yang setuju sumbangan beliau dipentas anak wayang yang diakui pemikirannya melebihi zaman beliau dan masih relevan dimasa kini.
  • Apa pun bukanlah tujuan saya untuk mengulas tentang sumbangan allahyarham P.Ramlee. Apa yang saya ingin kupaskan adalah mengenai isu "SUPER MELAYU" itu sendiri. Bagaimanakah kita hendak menilaikan mereka itu super melayu? Apakah ciri-cirinya?
  • Jadi melalui pengamatan saya (yang tak seberapa ni...hehe) dan setelah melewati pelbagai blog berkenaan isu Melayu. Saya telah menemui satu artikel yang menarik tentang ciri-ciri super melayu itu disini.
  • Antara kupasan beliau berkenaan super melayu :

Super Melayu.

Golongan ini mempertahankan konsep Ketuanan Melayu. “Malay Superiority”. Tiada apa yang lebih tinggi daripada Melayu. Kenapa begitu taksub? Sebab diorang ni la golongan khas yang terpilih untuk menikmati hak istimewa bumiputra. Ketika diorang melaungkan hak-hak untuk bumiputra, sebenarnya mereka maksudkan hak-hak untuk Supermelayu, yakni diorang sendiri. Selain Mat Rempit, diorang lah raja-raja di tanah Melayu ini.

Tak seperti Meleis yang terkontang kanting. Supermelayu ada protokol. Ada tata-tertib nya. Diorang ni lebih mementingkan adat Melayu daripada ajaran Islam. Contoh: buat seks sebelum kahwin tak apa, asalkan perkahwinan nanti sempurna semuanya dengan merisik, bertunang 7 dulang hantaran, nikah 9 dulang hantaran dan bersanding atas pelamin buat kenduri ajak ribu riban orang datang.
Senang nak detect diorang ni dalam majlis-majlis formal di mana diorang akan datang berpakaian baju batik atau baju melayu lengkap dengan songkok tinggi. Kalau baju melayu kuning, maknanya Supermelayu tahap tinggi la tu.

Keris menjadi simbol kebanggan mereka. Kata-kata Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia” menjadi pegangan hidup mereka. Mereka ini lang yang pertama sekali sentap apabila tempoh hari, ada seorang professor cina mengatakan yang Hang Tuah itu tak wujud.
diorang cukup pantang kalau ada orang buat berita mcm ni

Mempunyai kelebihan fizikal yang membuatkan mereka lebih hebat daripada melayu-melayu yang lain – lidah yang bercabang. Pemimpin golongan Meleis (golongan melayu pasca DEB).

Nota: Orang melayu yang tidak pernah merasa hak bumiputra (dan tak akan merasa), tapi masih belum berhenti mengharap, mereka ini cuma Supermeleis.


  • Dalam keadaan politik kaum Melayu yang tidak menentu sekarang ini, apakah benar ini ciri-ciri 'SUPER MELAYU"  yang pastinya sedikit sebanyak akan menentukan survival bangsa Melayu itu sendiri. Saya harap pembaca boleh nilaikan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan